Kelaziman mengikut subbudaya Kepeminatan

Francais/waralaba dan siri cereka

Media bercabang dari mekarnya genre cereka sains pada awal 1970-an seperti Star Trek dan The Man from U.N.C.L.E. di mana ia sering bertumpu kepada membincangkan hubungan antara watak-watak dalam media tersebut.[2] Para peminat ini akan terdorong menciptakan produk kreatif seperti karya seni dan cerita rekaan sambil juga menumpu kepada perbincangan kritis mengenai karya-karya ditonton atau dibaca.

Anime dan manga

Kepeminatan anime dan manga dimulai tahun 1970-an di Jepun. Lingkungan ini juga mulai muncul di Amerika Syarikat hasil percabangan daripada minat terhadap cereka sains di mana manga meliputi genre ini turut dibawa para peminat ke sidang berkenaan.[3] Dorongan sama turut dilakukan mendorong mempopularkan anime di negara Barat tersebut sebelum media sebegini mula diberikan pelesenan untuk disiarkan di TV sana di mana peminat yang ingin menonton anime lain akan mengedarkan salinan filem anime disarikatakan sendiri untuk dikongsi dengan sesama rakan seminat.

Subbudaya lain

Furry merujuk pada kepeminatan terhadap watak haiwan antropomorfik fiktif dengan keperibadian dan sifat manusia. Konsep ini mula digambarkan pada tahun 1980-an[4] ketika sebuah gambar karakter dari Albedo Anthropomorphics karya Steve Allaci menuai pembicaraan mengenai karakter antropomorfik dalam novel fiksi ilmiah, yang pada akhirnya menciptakan kelompok diskusi yang bertemu di konvensi cereka sains dan komik.

Rujukan

WikiPedia: Kepeminatan http://www.artshub.com.au/au/?vmStr=279DC4B355E33C... http://a-kon.com/bm/bm~doc/prelim_history.pdf http://www.emeraldinsight.com/Insight/ViewContentS... http://www.escapistmagazine.com/articles/view/issu... http://www.flayrah.com/4117/retrospective-illustra... http://archive.salon.com/tech/feature/2000/12/13/f... http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/31736 https://www.pressreader.com/indonesia/jawa-pos/201... https://web.archive.org/web/20110725022644/http://...